Quantcast
Channel: Kitepunye Dot Com » popeye
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Event : Hari Penghargaan Buat Blogger dari Oligvly

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1

Biasanya selepas sesuatu projek atau job selesai, pihak PR akan menghantar email/SMS/Whts App untuk mengucapkan terima kasih atas sumbangan atau hasil tulisan di blogpost. Tetapi kali ini ianya berlainan kerana KP dan rakan blogger yang lain di raikan di suatu majlis yang tidak kami menyangkakan akan berlaku. Yea… ini adalah majlis pertama yang KP dan rakan media yang lain di raikan di dalam majlis yang gilang gemilang sebagai tanda perhargaan

4 2

KP bertolak dari Subang Airport jam 6 petang dengan harapan sampai di sana sebelum pukul 7 pmalam tetapi apakan daya hujan yang turun dengan lebat KP sampai pada 7.30 malam. Sambil bertemankan radio Lite FM mendengar lagu zaman 80’s dan 90’s memang layan siut. Bertemakan Merah, semua yang hadir kebanyakkannya berpakaian merah. Ada yang semua “full set merah” dan ada yang “separa merah” .

5 6 9

Disambut oleh pihak Oligvly terasa macam dah lama berkenal dengan mereka. Selepas register apa lagi pastinya KP mencari rakan-rakan blogger yang lain untuk bertanyakan khabar. Tak bergossip bukanlah namanya blogger bukan, hehehheee… mencari berita baru dan bergossip tentang projek baru atau -event itu lah kami. Seronok sungguh malam itu dapat berjumpa dengan blogger-blogger otai dan baru seperti Red Mummy, Cik Lily Putih. Shakiddo, Melastik Bintang, Sohoque, Ayu Rafikah, Fazrol Amer, Rawlins Glam, Kifly Maly, Jane Chua, Sheery Go ,Sidney Kan, Rane Chin ,Bro Framestone, Jae Hashim, Ezna Khalil dan lain lain.. Nak namakan semua orang panjang nanti entri nie nanti

3

Photobooth disediakan 123CheeseMY dan setiap gambar di beri untuk simpanan kami. Bukan itu sahaja KP di beri peluang untuk memilih salah satu gambar dan di print di Mug khas untuk blogger. KP dan rakan blogger lain memeriahkan photobooth dengan pelbagai aksi yang menarik. Memang u olls semua awesome and sporting malam tu

11 10

Oh yea.. majlis ini di adakan untuk menghargai para blogger yang telah berkerjasama dengan pihak Oligly dari 1st projek hinggalah terkini. Selesai sudah presentation, acara “game “ di mulakan. Kebetulan di pejabat Oliglvy sebatang pokok menarik perhatian semua tetamu. Di sana kelihatan beberapa kad task untuk di lakukan oleh para tetamu. Pilihlah kad yang mana anda suka dan selesaikan ianya dalam masa terpantas. Ini adalah misi KP dan juga antara gambar yang di ambil

8

Alhamdulilah kemenangan di pihak KP. Sewaktu menerima hadiah, KP di arahkan untuk membuka sampul surat tersebut dan memberitahu apakah yang di menangi. Dengan bacaan Bismillah, ………. Jeritan sahaja yang di dengari dari KP tiada yang lain. Apa yang di menangi ialah

7

Baru sahaja bergossip bersama Rawlins, Cik Lily Putih, Ayu Rafikah , Kifly Maly dan lain –lain, tetiba menang pula memang menjerit suka lah. Bila rakan yang lain mendengar kemenangan KP ialah “Live with Mariah Carey” menjerit bersama KP kerana suka.

Kemudian ada acara “Guess Who I Am?”. Jane membuat aksi dan kami perlu meneka apakah dia..Dan KP telah menjawab “Popeye” dan kemenangan kepada KP sekali lagi .. Otterbox untuk Samsung phone tetapi Samsung S5 dan bukannya Samsung Note. Apa pun terima kasih atas hadiah itu

12 13 14

Jika ada awal pasti ada penghujungnya , tepat jam 10.20 malam semua blogger bergambar beramai-ramai bersama pihak Oligvly untuk kenang-kenangan. Beberapa aksi menarik ada. Apa pun sekalung tahniah dan terima kasih buat pihak Oligvly moga setiap yang di rancang suksess menemani anda. Hingga ke temu lagi

15 16

#kitepunye #kitepunyedotcom #blogger #bloggerappreciationday #ogilvy

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Latest Images

Trending Articles





Latest Images